Salam...hari ini sejuk beku kat office, maklumlah hujan lebat...sekian lama berpanas, harini hujan menghamburkan segalanya di muka bumi ALLAH ini...harini juga su berkesempatan untuk mencurahkan resepi kek coklat yang sekian lama su guna...harap dapat memberi manfaat kepada semua....
RESEPI KEK COKLAT MOIST
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN KOKO
1 SK SODA BIKARBONAT
1 SK BAKING POWDER
AYAK KESEMUA BAHAN DI ATAS YEEE........
2 CAWAN GULA CASTOR
4 BIJI TELUR
1 CAWAN SUSU PEKAT
1 CAWAN MINYAK
1 1/2 AIR PANAS MENDIDIH
CARA-2
PUKUL GULA DAN TELUR HINGGA KEMBANG
MASUKKAN SUSU PEKAT
PERLAHANKAN SPEED MIXER, MASUKKAN MINYAK
MASUKKAN TEPUNG
AKHIR SEKALI MASUKKAN AIR PANAS....INI JUST KACAU-2 MANJA JE...
SIAPPPPPPPPP
UNTUK DI KUKUS @ DIBAKAR
SU KUKUS DALAM MASA 45 MINIT....SEBAB ADUNAN AGAK CAIR...SO KUKUS AMIK MASA.........
No comments:
Post a Comment