Monday, July 4, 2011

Kek Alunan Kasih..


Kek yang dibuat khas untuk majlis kenduri mak lang sabtu lepas...kek yang begitu berwarna warni memang amat menarik dipandang dan di makan...di sini su sertakan resepinya. Resepi oleh Mastura Yasak rakan KR..tq

KEK ALUNAN KASIH
5 biji telur
1 1/2 cawan planta (su guna marjerin)
2 1/2 cawan tepung gandum *
2 cawan gula halus (su kurangkn jd 1 1/2 cwn)
1 sudu kecil baking powder *
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanila (boleh guna perasa lain)
serbuk koko secukupnya
pewarna yang disukai
# sediakn tapis yang sesuai untuk ayak serbuk koko

cara-2
pukul mentega dan gula sehingga kembang
masuk pula telur satu persatu....smpi kembang juga
masukkan esen vanila, susu cair...gaul hingga sebati dan masukkan tepung sedikit demi sedikit
bahagikan 3 bahagian...2 warna yang berlainan 1 warna asal
masukkan adunan pertama di dalam loyang..ratakan dan ayak serbuk koko diatas adunan tadi
masukkn adunan kedua pula dan ditabur dengan sebuk koko juga sehingga lapisan ketiga
bakar lebih kurang 50 minit....170 degree (ikut kesesuaian oven ye)

No comments:

Post a Comment