Wednesday, December 19, 2012

RESEPI DURIAN CREPE

Salam semua...dah lama nak kongsi resepi durian crepe nih dan nampaknya musim durian sudah pun menghampiri ke penghujungnya...apa pun terima kasih kepada semua yang membuat tempahan dan syukur alhmadulillah kerana berkongsi rezeki dengan su...jom kita semak resepi yang su ambil daripada Puan Eyna Haneyna...terima kasih banyak, semoga beliau juga diberi pahala yang berlipat ganda di atas perkongsian resepi ini...

DURIAN CREPE
Oleh : Puan Eyna Haneyna

bahan-bahan
-20gm tpg gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pwrna kuning
-perisa durian 

cara-caranya
masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan dengan whisk dan tapis..
kalau pekat  tambah air sedikit
boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih..
ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yangg dipegang..
layangkan kuali agar adunan sekata
masak atas api kecil.
masak hingga kering angkat tak perlu terbalikkan semasa  mengangkat.

filling
-150ml fresh cream diputar hingga kental
(boleh mix sekali dengan 2sdb isi durian)
-isi durian

-letakkan fresh cream letak isi durian dan letak lagi fresh cream di atasnya.
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.

No comments:

Post a Comment