Tuesday, May 28, 2013

RESEPI PAVLOVA........YUMMYYY

Salam kasih sayang...harini su terlebih rajin, nak sharekan Resepi Pavlova. Ini ada lah resepi yang su gunakan...hehheh walau gementar, akhirnya berjaya juga su membuat pavlova nih....jom kita tengok resepi :-

Bahan-bahan :

4 biji putih telur
1 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus atau gula icing
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer ataupun stand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi lembut

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung.

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam?



Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais sebentar. Apabila hendak menghias barulah dikeluarkan.

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Thursday, May 23, 2013

MELTY HERSHEY

Melty hershey diorder oleh kak hafiza aim dan juga azza...harap semua berpuas hati yee...




MINI KEK COKLAT MOIST

Salam...mini kek coklat diorder oleh angah....hahahaha anakku sendiri untuk dibawa ke sekolah sempena harijadi dia pada 19/5/2013 lepas....tiada sambutan istimewa...cume layankan je dia buat cupcake untuk dibawa ke sekolah....




Monday, May 20, 2013

PAVLOVA

Mini pavlova juga diorder oleh azza dan juga kak hafiza AIM...heheheheh kecut perut nak membuatnya, maklumlah pertama kali kan...namun alhamdulillah elok je kejadiannya......harap semua berpuas hati ye..







MARBLE CHEESE BROWNIES

Salam sayang...marble cheese brownies - pek budget di order oleh azza - ambank banting dan juga rakan2 sekerja beliau...terima kasih banyak kerana memberi sokongan kepada suebakers yeee.........






Thursday, May 16, 2013

RED VELVET CAKE

Red Velvet Cake diorder oleh Aza...yang bekerja di AMBANK...tq dear...dah byk kali order ngan su..harap berkekalan ye...dan juga order untuk nana...harap puas hati ngan deconya...






MY TIRAMISU

Wokeh....sekarang su dah boleh amik order tiramisu ye....rasa...ok..not bad...kek nih dibuat untuk makan2 di rumah mak...



HIMPUNAN KEK COKLAT MOIST

Salam...huhuhu kepanasan melanda...so su longgokkan sekali himpunan kek coklat moist yee...sila jangan boring....... :)







Thursday, May 9, 2013

KEK COKLAT MOIST - SAMBUTAN HARI LAHIR

Kek coklat moist seberat 2.6kg, bersize 9" diorder oleh isteri boss lamaku...untuk sambutan hari lahir anaknya di sekolah...inginkan tema ultraman...ampunnnnn den x pandai nak wat kek kepala ultraman...jadi den lotak jo patung2 mini ultraman tuh...harap semua pelajar suko yo...




KEK COKLAT MOIST & KEK BATIK

Salam sayang semua....kek coklat moist dan kek batik di order oleh regular customer, cik ika kita...hehehheh inginkan pek budget...dan juga kek mini telah selamat sampai kepada nana sebelah rumah...harap semua enjoy........






Friday, May 3, 2013

MARBLE CHEESE BROWNIES & MUFFIN COKLAT

Salam Jumaat....marble cheese brownies di order oleh isteri bossku untuk meraikan hari lahir ibu mentua beliau...dan muffin coklat sebagai ole-2........harap ibu mentua beliau berpuas hati yee...